Perkembangan yang pantas dalam teknologi maklumat akan mengubah struktur industri di seluruh dunia. Blog telah menjadi evolusi baru dalam dunia media dan teknologi di seluruh dunia. Blog adalah jurnal online yang menyenaraikan pandangan dan telah digunakan oleh pengembara untuk menggambarkan minat, pemikiran atau pendapat berkenaan tempat yang dilawati seterunya menyebarkan maklumat tentang destinasi pelancongan tersebut. Justeru itu, diharap kelahiran blog Santai@Sabah sebagai medium media alternatif bagi tujuan penyebaran maklumat dalam industri pelancongan serta analisis pandangan pelawat blog ini dalam industri pelancongan. Santai@Sabah juga merupakan responden yang mewakili Lembaga Pelancongan Sabah , agensi pelancongan serta pelawat laman blog yang berkaitan industri pelancongan. Fungsi awal blog ini adalah untuk menyebarkan maklumat berkaitan Pelancongan, Kebudayaan, Keseniaan dan Warisan negeri dibawah bayu .Walau bagaimanapun harapan saya blog Santai@Sabah akan menjadi sebagai rakan media 'maya' terunggul dalam menyebarkan maklumat dalam industri pelancongan dinegeri Sabah.email : santaisabah@gmail.com
No comments:
Post a Comment