Selamat bersantai di Laman www.santaisabah.blogspot.com

SANTAI@SABAH...Evolusi Pelancongan Blogger.

Thursday, January 22, 2009

KEBUDAYAAN : GONG XI FAI CAI



SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU CINA

Tahun Baru Cina merupakan pesta Perayaan Musim Bunga "Spring" terpenting orang Cina bagi menyambut tahun baru dalam kalendar lunar Cina. Kalender lunar Cina terbahagi kepada kitaran dua belas tahun dan dinamakan sempena nama haiwan. Menurut turutan, haiwan tersebut adalah tikus, kerbau, harimau, arnab, naga, ular, kuda, kambing, monyet, ayam jantan, anjing, dan babi. Kepercayaan popular menyatakan perangai dan nasib seseorang ditentukan oleh tahun kelahiran mereka.

Tahun Baru Cina melambangkan permulaan, titik permulaan dalam nasib dan kehidupan. Sebelum hari tahun baru bermula, sanak saudara yang jauh akan kembali berkumpul. Rumah akan dicuci dan segala hutang-piutang dikutip atau dibayar agar mereka tidak sentiasa dikelilingi hutang sepanjang tahun yang baru. Mercun akan dibakar pada tengah malam bagi menandakan bermulanya tahun baru dan bagi menghalau hantu jahat dan nasib tidak baik. Rumah-rumah dihiasi dengan buah limau sebagai simbol murah rezeki, bunga dan pokok limau kumquat.

Kaum keluarga akan makan besar dengan masakan tradisi seperti itik salai, sosej, kek beras, dan limau mandrin. Golongan muda pula akan melawat golongan tua dan menerima wang ang pau dalam sampul merah bagi melambangkan nasib baik, yang diberikan oleh orang yang bekeluarga kepada mereka yang masih belum kahwin. Perarakan tarian Naga atau Singa akan diadakan, dengan kereta berhias yang diiringi bunyi gendang. Lima belas hari selepas perayaan Tahun Baru Cina, perayaan Tahun Baru Cina ditamatkan dengan dengan perayaan Chap Goh Mei.

Santai@Sabah juga ingin mengambil kesempatan mengucapkan GONG XI FAI CAI kepada semua masyarakat dan kaum Cina terutama yang berada di Sabah.Semoga perayaan pada tahun ini yang juga tahun Lembu bagi kalendar masyarakat Cina disambut dengan penuh keharmoniaan dan keceriaan dengan mengekalkan perpaduan kaum yang telah lama terjalin...Araimaiitiii

Syed Kamalrul Sufian

Editor

1 comment:

Unknown said...

A'KUM .. TUAN SYED.., APPRECIATE AND ADMIRE OF WHAT YOU DONE TO ENCOURAGE THE TOURISM INDUSTRY...PLS CALL ME BACK

EN ANUAR
013 - 3333 996