Selamat bersantai di Laman www.santaisabah.blogspot.com

SANTAI@SABAH...Evolusi Pelancongan Blogger.

Friday, January 23, 2009

INFO : KENALI DAERAH TAWAU

TAWAU IS THE COCOA KINGDOM OF ASIA

MEGA...Promonade Hotel dan Kuhara Plaza mercu tanda baru bagi Tawau.


SAUJANA...Kedudukan Tawau dipinggir laut Sulu memukau panaroma indah.

TAWAU

Tawau ( jawi: ﺗﺎواو) merupakan nama sebuah bahagian, daerah dan juga bandar di Sabah. Tawau kini merupakan bandar ketiga terbesar di Sabah selepas Kota Kinabalu dan Sandakan. Bandar ini dihubungkan dengan ibu negeri (Kota Kinabalu) melalui jalan raya sejauh 500 km, laluan udara (Lapangan Terbang Antarabangsa ) dan laut (pelabuhan Tawau).


DAMAI...Panaroma indah waktu senja di waterfront Tawau.

SEJARAH

Sejarah Tawau tidak diketahui dengan jelas terutamanya sebelum tahun-tahun 1890-an. Bagaimanapun Tawau telahpun berpenduduk dengan sebuah perkampungan kecil nelayan dengan 200 orang penduduk pada tahun 1898. Pada ketika itu Tawau berada dibawah kuasa Kesultanan Sulu. Dalam satu perjanjian yang termeterainya pada 22 Januari 1878, Kesultanan Sulu menyerahkan kawasan di persekitaran Tawau yang wujud masakini kepada pihak Inggeris.

Tawau menjadi sebahagian daripada kawasan jajahan orang-orang Inggeris iaitu melalui Syarikat (Berpiagam) Borneo Utara. Mengikut catatan The North Borneo Annual Volume (1955-1965) menyatakan sistem pentadbiran bermula pada tahun 1898, iaitu berikutan langkah-langkah pihak Syarikat (berpiagam) Borneo Utara membuka sebuah penempatan di Tawau dan seterusnya mengadakan asas-asas pentadbiran Kerajaan Tempatan di situ.

Untuk mengelak perselisihan faham dengan pihak Belanda yang memerintah Indonesia pada masa tersebut tidak, disebabkan Tawau berkongsi sempadan dengan Indonesia, pihak pemerintahan Inggeris telah mengambil langkah-langkah untuk menetapkan sempadan. Ini disebabkan sempadan asal bagi kawasan yang telah diserahkan kepada pihak Inggeris oleh kedua-dua Sultan Brunei dan Sultan Sulu ialah di bawah Sungai Sibuco berdekatan dengan Tarakan (Indonesia) yang mana kawasan tersebut termasuk di bawah pemerintahan Belanda yang ketika itu telah sedia ada menghuni di kawasan tersebut. Berikutan itu satu suruhanjaya Sempadan telah ditubuhkan pada tahun 1912 yang terdiri daripada pegawai-pegawai dari United Kingdom dan Belanda.

Sebuah Laporan Bersama telah disediakan beserta dengan peta dan ditandatangani oleh Pesuruhjaya masing-masing di Tawau pada 17 Februari 1913. Kemudian mengikut protokol di antara United Kingdom dan Belanda yang telah ditandatangani di London pada 28 September 1915, kedua-dua kerajaan mengesahkan laporan bersama dan peta tersebut.


HIJAU...Keindahan alam semulajadi di Tawau Hill Park masih terpelihara.

GEOGRAFI

Daerah Tawau meliputi kawasan seluas 6,125 km persegi atau 612,506 hektar. Ia berkongsi sempadan dengan Kalimantan, Indonesia di selatan serta dikelilingi Laut Sulu di timur dan Laut Sulawesi di selatan.

Tawau mempunyai 10 mukim dan 81 kampung yang terhimpun dalam dua kawasan parlimen dan enam Dewan Undangan Negeri (DUN). Parlimen Tawau mengandungi DUN Sri Tanjung, Apas dan Balung sementara Parlimen mengandungi Merotai, Tanjung BatuSebatik. Dahulunya ia terkandung dalam satu kawasan parlimen dengan empat kawasan pilihanraya Dewan Undangan Negeri Sabah iaitu Balung, Merotai, Sri Tanjung dan Kalabakan. danTerdapat beberapa kawasan hitam yang dikatakan terlibat dengan pelbagai kes jenayah. Antara kawasan-kawasan tersebut adalah :

1. Batu 4
2. Kampung Titingan atau Ice Box
3. Kampung Pisang
4. Logpond
5. Kampung Vietnam (tanah merah)

DEMOGRAFI

Sehingga 2005, populasi Tawau dianggarkan berjumlah kira-kira 304,888 orang penduduk.

No comments: