Selamat bersantai di Laman www.santaisabah.blogspot.com

SANTAI@SABAH...Evolusi Pelancongan Blogger.

Saturday, January 24, 2009

TINJAUAN : KEMPEN ANTI KUTU SAMPAH



KEMPEN KUTU SAMPAH - TAHNIAH DBKK

Santai@Sabah mau salute sama Mayor DBKK. Usaha mereka untuk membanteras KutuSampah perlu dapat pujian dan sokongan dari semua warga bandaraya. Sejak Datuk Iliyas jadi Mayor, KK sudah banyak perubahan. Bukan sahaja dari segi fizikal tetapi juga minda masyarakat. KK semakin bersih dan indah. Sasaran mereka, seluruh kawasan KK akan terus bersih. Jadi kita kena bagi bantuanlah. Kalau nampak orang buang sampah, sms sama DBKK - 088210011. Catat tarikh, nombor kereta, masa, lokasi dan apa barang yang dia buang. Santai@Sabah pun ada SMS bagi menguji sistem dorang ini, nampak ada orang buang botol bah... pada 21 Jan lalu, jam 4.25 petang, depan Chan Furniture, Karamunsing, Pemandu lori SB 4932 buang botol, botol Cap Guiness Stout... minum mangkali orang tu. Keesokannya melalui maklumat dari pihak DBKK pemandu lori tersebut telah dii kenakan denda .Mari kita bersihkan KK dari kutusampah, penjual rokok haram dan PTI. Santai@Sabah juga menjadi rakan media 'maya' dan turut menjadi Rakan Bandaraya ( Kota Kinabalu City Friend ) No Keahlian : KKCF 6016/08.Dengan keahlian ini Santai@Sabah adalah ahli berdaftar Rakan Bandaraya Kota Kinabalu dan diberikan kebenaran untuk membimbing dan mengigatkan orang awam tentang kewajipan mereka menjaga kebersihan persekitaran Bandaraya Kota Kinabalu. Dengan ini dapat menarik lebih ramai pelancong dan menjadikan KK sebagai destinasi pilihan utama di Borneo untuk bersantai...

Sebarang aduan berhubung permasalahan kebersihan,kesihatan, keteraturan, keindahan dan keselamatan bandaraya bolehlah menghubungi talian HOTLINE DBKK : 088 - 210011/211455.



Friday, January 23, 2009

JOM KE SANA : REGATTA LEPA 2009

REGATTA LEPA KE 16 - SEMPORNA . SABAH.
Tarikh / Date : 18 - 19 April 2009


Daerah Semporna akan sekali lagi merayakan Sambutan Regatta Lepa Kali Ke-16 pada 18 hingga 19 April 2009 ini dimana anda akan menyaksikan perarakan bot-bot 'LEPA' dengan hasil pertukangan tangan yang halus dan indah. Ia merupakan perayaan tahunan tradisi masyarakat Bajau tempatan dan selain itu anda juga akan dihiburkan dengan persembahan pentas, tarian dan demonstrasi budaya tempatan. Pertandingan acara laut seperti tarik tali lepa, lumba kayak renang dan pertunjukan bunga api akan turut mewarnai perayaan ini. Satu perayaan Malaysia yang tidak patut anda tinggalkan - Datanglah dan rasai sendiri kehangatannya!

Semporna comes to life with the Bajau seafarers' colourful Regatta Lepa where a competition of the most beautiful traditional sailboats is held. Witness telematches such as the boat tug-of-war, kayak racing and boat racing. The town of Semporna is also home to fresh seafood and the gateway to the world's best dive sites.

LEPA DAN MASYARAKAT BAJAU SEMPORNA

Daerah Semporna, Sabah menyambut Perayaan Regatta Lepa setiap tahun pada bulan April. Lepa merupakan suatu perkara yang penting dalam kehidupan kaum Bajau sejak zaman dahulu. Perayaan Regatta Lepa merupakan tapak untuk memperkenalkan dan mempromosi seni, budaya dan adat kaum Bajau yang berwarna-warni. Setiap tahun pengunjung akan berpeluang melihat sendiri keunikan pembuatan bot Lepa yang cantik disulami dengan tarian dan muzik yang dimainkan di atas bot lepa.

Regatta Lepa merupakan acara tahunan untuk semua peminat, pengusaha dan penggiat seni-budaya Bajau dan Lepa berkumpul. Melalui perayaan ini, kaum Bajau yang berada di merata tempat termasuk di pulau-pulau akan bertemu, bersosial dan bertanding. Pertandingan utama adalah merebut gelaran 'Lepa Tercantik'.

Perayaan ini memakan masa 2 hingga 3 hari. Bayangkan di tepi pantai terdapat ratusan Lepa yang dihias cantik dengan segala macam renda, payung, sambulayang berwarna-warni, pakaian tradisi, persembahan kebudayaan dan pertandingan acara laut. Semua lepa-lepa ini akan beratur sambil bergerak perlahan dihadapan pentas yang disediakan untuk para hakim dan orang kenamaan untuk menilai dan memilih pemenang. Pemenang akan dipilih berdasarkan kecantikan Lepa dan tarian yang dipersembahkan.

Aktiviti sambutan Regatta Lepa dibahagikan kepada 2 kawasan utama iaitu 'Acara Laut' di tepi pantai dan 'Pentas Budaya' dan pameran di Padang Pekan Semporna. Pada sebelah malamnya pula, pengunjung berpeluang untuk menyaksikan persembahan kebudayaan tempatan sambil diselang-selikan dengan nyanyian artis tempatan dan nasional. Pertunjukan bunga-api turut mewarnai langit Semporna pada malam tersebut.

LEPA: Dalam bahasa kaum Bajau Pantai Timur Sabah bermaksud 'bot'. Ia dipercayai berasal dari kamuniti nelayan yang menetap di Pulau Bum-Bum Semporna pada satu ketika dahulu.

Regatta Lepa: Merupakan perayaan tahunan Daerah Semporna sejak tahun 1994. Regatta Lepa mula diperkenalkan pada tahun 1994 sebagai perayaan peringkat daerah dan kemudiannya diiktiraf menjadi perayaan peringkat negeri Sabah. Pada tahun 2003 Regatta Lepa telah dimasukkan ke dalam kalendar 'Pesta Air Malaysia' dan kini Regatta Lepa merupakan salah-satu acara tahunan Malaysia.

Daerah sunyi Semporna akan bergemerlapan dan berpesta apabila menyambut Regatta Lepa. Di sepanjang jalan 'Sambulayang' akan menghiasi pandangan disamping pemidang dan iklan yang berwarna-warni. Bot-bot Lepa akan berlabuh disepanjang pantai Semporna dan menghiburkan pengunjung dengan pelbagai tarian, nyanyian dan muzik. Setiap bot lepa akan dihiasi dengan 'sambulayang'. 'panji-panji', tipas-tipas' dan renda. Perayaan ini mengundang ribuan pengunjung dari dalam dan luar negeri saban tahun.

Acara-acara lain disepanjang perayaan ini termasuklah acara 'lumba kelle-kelle', tarik-tali lepa, lumba renang dan menangkap itik. Pada sebelah malamnya pula, pertunjukan 'pentas budaya' akan diadakan di Padang Pekan Semporna. Datanglah dan saksikan sendiri perayaan hebat ini!


RATU LEPA-15th 2008

Beauty Queen of 15th Regatta Lepa Semporna, 2008

LEPA AND BAJAU PEOPLE IN SEMPORNA

For the Bajau people, Lepa Boats are multi utility. The boat serves as a fishing vessel and as a means of transportation. It is also utilized for wedding venues and cultural performances. The unique lifestyle and festival is a cultural legacy inherited by many generations.

Semporna celebrates the annual Water Festival of Regatta Lepa in April. LEPA boat has been a significant part of the Sabah Bajau fishermen since immemorial time. The Regatta Lepa is an occasion to show-off all the beautifully built Lepas. The annual event's highlight is a competition to choose the most dazzling lepa. Colorful adorned lepas grace the waterfront, decked with the smiling faces of dancers and musicians.

Regatta Lepa is an annual gathering of the most skillful fishing boat builders in Sabah. The Bajau in Semporna have their yearly festival for remembering their old heritage. In this festival the Bajaus from different village and different island will meet. And during the festive meeting they select the best lepa boat of the year.

During the 2 to 3 days. the Bajau's show their lepa's with the different style's and color. In each lepa is a group of musicians and a couple dancer. The flotilla of colorful banners ridden lepas will make a round in front of the VIP's and the judge's stage. The judges will give a point for their performance related to beautiful lepa's and the best dancer's.

The activities of Regatta Lepa-lepa celebration were in two areas; the traditional event showcasing the beautiful lepa-lepa boats around the water front and exhibitions events at the town padang, where mini-village comprising of traditional huts were on display. At night, visitors will be entertained by both local and national singers, dancers and musicians.

LEPA : In Sabah East Coast Bajau community dialect, lepa means "boat". The lepa boat is a cultural legacy inherited by Bajau people from many generations ago. The existence of lepa is believed to originate from the fishing community who live in Bum Bum Island and used by the native people along the coast of Semporna.

Regatta Lepa : The Regatta Lepa has been celebrated every year since 1994 to commemorate the Bajau tradition of building these splendid boats.

The lepa regatta was first held in 1994 as a district-level event before being upgraded into a state festival. Since 2003, Regatta LEPA became a national event in the Malaysia water festival.

This sleepy town comes to life as the colorful sails take to the sea to compete for the prize of the most beautiful lepa. This is judged based on its decoration, local ethnic music and dances performed on board, sambulayang (sails) and tipas-tipas (small flags).

The Bajau seafarers' proud maritime heritage came alive recently in this annual festival of Regatta LEPA, featuring their boats, the LEPA with participants dancing at the helm of their boats, decorated in full color. The event attracted thousands each year.

Highlight of LEPA : The highlight of LEPA event is to choose the most dazzling Lepa from the beautifully, colorfully adorned boats which are lined up at the waterfront. On the decks are smiling dancers and musicians dressed in equally colorful traditional attires.

Other attractions in Regatta LEPA : include sea sports such as rowboat, sailing and kelleh-kelleh (small dugout boat) competitions, lepa tug of war, and duck catching competition. Colorful cultural night performance.

BAGAIMANA KE SANA ? / HOW TO GO THERE ?

1. Penerbangan Harian / Daily Flights
MAS/ AIRASIA - from Kota Kinabalu to Tawau
Fares: *check with the nearest travel agents
Duration: 45 mins
AIRASIA - from Kuala Lumpur to Tawau
Fares: *check with airasia (http://www.airasia.com/)
Duration: 2 Hours and 45 mins

2 Bas Ekspress / Express Bus
From Kota Kinabalu to Semporna
Fares: RM58 Duration: 9 hours

3. Teksi / Taxi
From Tawau to Semporna
Fares: RM80 - RM100 Duration: 1hr 45mins

4. Bas Mini / Mini Bus
From Tawau to Semporna
Fares: RM12 - RM20 Duration: 1hr 45mins

WARISAN : MAT SALLEH PAHLAWAN SABAH

DATU PADUKA MAT SALLEH
Mat Salleh atau nama sebenarnya Datu Mat Salleh merupakan pejuang Sabah yang terkenal dalam memberi tentangan yang hebat kepada penjajahan Inggeris di Sabah. Mat Salleh pernah mengisytiharkan daerah Tambunan atau dalam bahasa Mat Salleh 'Negeri Tambunan' sebagai daerah di bawah kekuasaannya.Mat Salleh berasal daripada suku Suluk Paitan. Ayahnya, Datu Balu berkahwin di Inanam dengan seorang perempuan suku Bajau. Hasil daripada perkahwinan mereka itu lahirlah empat orang adik-beradik iaitu Ali, Mat Salleh, Badin dan Bolong.

Isteri Mat Salleh bernama Dayang Bandang, berasal daripada keluarga Sultan Sulu dan berkampung di Pengalaban, Paitan. Kota Kampung Tibabar, Tambunan adalah salah sebuah kota utama pertahanan Mat Salleh yang kuat. Kota ini ialah benteng terakhir Mat Salleh dalam usahanya memimpin orang-orang Sabah menentang Inggeris.Kejatuhan kota ini pada tahun 1900 akibat serangan hebat Kompeni Hindia Timur Inggeris dan berjaya mematahkan pertahanan Mat Salleh. Malah peristiwa itu menandakan gugurnya Mat Salleh sebagai pejuang bangsa.

Datu Mat Salleh mengambil tugas bapanya, Datu Balu sebagai ketua kampung di daerah Lingkabo dan Sungai Sugut. Perbelanjoan pentadbiran Datu Mat Salleh adalah daripada pungutan cukai ke atas pedagang-pedagang yang melalui Sungai Sugut pada tahun 1894.Inggeris tidak senang dengan tindakan Mat Salleh itu, lalu menyerang Mat Salleh di Jambongan serta memusnahkan kubu Mat Salleh di Sungai Sugut pada tahun 1896 hingga 1897.Datu Mat Salleh bagaimanapun dapat melepaskan diri. Detik perjuangan Datu Mat Salleh menentang pencerobohan dan keganasan Kompeni Hindia Timur Inggeris bermula pada bulan Julai 1897.

Mat Salleh dan pengikut-pengikutnya menyerang dan membinasakan pejabat Pentadbiran Kompeni Hindia Timur Inggeris di Pulau Gaya. Dalam tahun yang sama juga Mat Salleh menyerang dan membakar Pejabat Residen Kompeni Hindia Timur Inggeris di Ambong.Pada bulan Disember 1897, Inggeris menyerang kubu Mat Salleh di Ranau. Mereka tewas dan banyak askar Inggeris terbunuh termasuk Jones yang mengetuai serangan tersebut.

Pada bulan Januari 1898, Inggeris sekali lagi menyerang kubu Mat Salleh di Ranau dengan angkatoan yang lebih besar. Mat Salleh berjaya mengundurkan diri dan membina kota pertahanan yang baru, yang lebih kuat dan kukuh di kampung Tibabar, Tambunan.Kota utama Mat Salleh di Tambunan ini sangat sukar ditembusi. Kota ini diperbuat daripada batu-bata, kayu serta buluh tidak dapat ditembusi peluru.Setiap penjuru kota dikawal dan terdapatbeberapa terowong atau julan bawah tanah yang rahsia digunakan untuk meminta bantuan-bantuan senjata, makanan dan lain-lain dari luar kota.

Jalan rahsia ini juga dijadikan jalan untuk berundur menyelamatkan diri apabila dikepung musuh.Kini sebuah tugu dibina oleh Inggeris untuk memperinga kota Mat Salleh itu. Di tugu peringatan itu, tertulis perkataan dalam bahasa Inggeris yang bererti, 'Tugu ini menandaka tapak kubu Mat Salleh yang telah ditawan oleh Pasuka Bersenjata North Borneo Constabulary pada 1 Februari 1900. Dalam masa pertempuran itu, Mat Salleh yang telah mengetuai pemberontakan selama enam tahun menentang Pentadbira Chartered Company menemui ajalnya'.Pada pandangan British, Mat Salleh dianggap sebagai seorang pemberontak, tetapi bagi rakyat tempatan, dia ialah pejuang kemerdekaan dan seorang pahlawan.

Petikan : Kesan Sejarah Dan Tempat-tempat Menarik Negeri Sabah - Negeri Di Bawah Bayu, Mohamed Roselan Abdul Malek, Oscar Book International, 1998

INFO : KENALI DAERAH TAWAU

TAWAU IS THE COCOA KINGDOM OF ASIA

MEGA...Promonade Hotel dan Kuhara Plaza mercu tanda baru bagi Tawau.


SAUJANA...Kedudukan Tawau dipinggir laut Sulu memukau panaroma indah.

TAWAU

Tawau ( jawi: ﺗﺎواو) merupakan nama sebuah bahagian, daerah dan juga bandar di Sabah. Tawau kini merupakan bandar ketiga terbesar di Sabah selepas Kota Kinabalu dan Sandakan. Bandar ini dihubungkan dengan ibu negeri (Kota Kinabalu) melalui jalan raya sejauh 500 km, laluan udara (Lapangan Terbang Antarabangsa ) dan laut (pelabuhan Tawau).


DAMAI...Panaroma indah waktu senja di waterfront Tawau.

SEJARAH

Sejarah Tawau tidak diketahui dengan jelas terutamanya sebelum tahun-tahun 1890-an. Bagaimanapun Tawau telahpun berpenduduk dengan sebuah perkampungan kecil nelayan dengan 200 orang penduduk pada tahun 1898. Pada ketika itu Tawau berada dibawah kuasa Kesultanan Sulu. Dalam satu perjanjian yang termeterainya pada 22 Januari 1878, Kesultanan Sulu menyerahkan kawasan di persekitaran Tawau yang wujud masakini kepada pihak Inggeris.

Tawau menjadi sebahagian daripada kawasan jajahan orang-orang Inggeris iaitu melalui Syarikat (Berpiagam) Borneo Utara. Mengikut catatan The North Borneo Annual Volume (1955-1965) menyatakan sistem pentadbiran bermula pada tahun 1898, iaitu berikutan langkah-langkah pihak Syarikat (berpiagam) Borneo Utara membuka sebuah penempatan di Tawau dan seterusnya mengadakan asas-asas pentadbiran Kerajaan Tempatan di situ.

Untuk mengelak perselisihan faham dengan pihak Belanda yang memerintah Indonesia pada masa tersebut tidak, disebabkan Tawau berkongsi sempadan dengan Indonesia, pihak pemerintahan Inggeris telah mengambil langkah-langkah untuk menetapkan sempadan. Ini disebabkan sempadan asal bagi kawasan yang telah diserahkan kepada pihak Inggeris oleh kedua-dua Sultan Brunei dan Sultan Sulu ialah di bawah Sungai Sibuco berdekatan dengan Tarakan (Indonesia) yang mana kawasan tersebut termasuk di bawah pemerintahan Belanda yang ketika itu telah sedia ada menghuni di kawasan tersebut. Berikutan itu satu suruhanjaya Sempadan telah ditubuhkan pada tahun 1912 yang terdiri daripada pegawai-pegawai dari United Kingdom dan Belanda.

Sebuah Laporan Bersama telah disediakan beserta dengan peta dan ditandatangani oleh Pesuruhjaya masing-masing di Tawau pada 17 Februari 1913. Kemudian mengikut protokol di antara United Kingdom dan Belanda yang telah ditandatangani di London pada 28 September 1915, kedua-dua kerajaan mengesahkan laporan bersama dan peta tersebut.


HIJAU...Keindahan alam semulajadi di Tawau Hill Park masih terpelihara.

GEOGRAFI

Daerah Tawau meliputi kawasan seluas 6,125 km persegi atau 612,506 hektar. Ia berkongsi sempadan dengan Kalimantan, Indonesia di selatan serta dikelilingi Laut Sulu di timur dan Laut Sulawesi di selatan.

Tawau mempunyai 10 mukim dan 81 kampung yang terhimpun dalam dua kawasan parlimen dan enam Dewan Undangan Negeri (DUN). Parlimen Tawau mengandungi DUN Sri Tanjung, Apas dan Balung sementara Parlimen mengandungi Merotai, Tanjung BatuSebatik. Dahulunya ia terkandung dalam satu kawasan parlimen dengan empat kawasan pilihanraya Dewan Undangan Negeri Sabah iaitu Balung, Merotai, Sri Tanjung dan Kalabakan. danTerdapat beberapa kawasan hitam yang dikatakan terlibat dengan pelbagai kes jenayah. Antara kawasan-kawasan tersebut adalah :

1. Batu 4
2. Kampung Titingan atau Ice Box
3. Kampung Pisang
4. Logpond
5. Kampung Vietnam (tanah merah)

DEMOGRAFI

Sehingga 2005, populasi Tawau dianggarkan berjumlah kira-kira 304,888 orang penduduk.

BLOGGER GUIDE : KOTA KINABALU CITY MAP



LENSA SANTAI@SABAH


PHOTO OF THE WEEK





Caption:Old Transportation
Name:Robert Charles
Shot location:Kota Belud Town
Camera model:Canon EOS 350D
























































Thursday, January 22, 2009

KEBUDAYAAN : GONG XI FAI CAI



SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU CINA

Tahun Baru Cina merupakan pesta Perayaan Musim Bunga "Spring" terpenting orang Cina bagi menyambut tahun baru dalam kalendar lunar Cina. Kalender lunar Cina terbahagi kepada kitaran dua belas tahun dan dinamakan sempena nama haiwan. Menurut turutan, haiwan tersebut adalah tikus, kerbau, harimau, arnab, naga, ular, kuda, kambing, monyet, ayam jantan, anjing, dan babi. Kepercayaan popular menyatakan perangai dan nasib seseorang ditentukan oleh tahun kelahiran mereka.

Tahun Baru Cina melambangkan permulaan, titik permulaan dalam nasib dan kehidupan. Sebelum hari tahun baru bermula, sanak saudara yang jauh akan kembali berkumpul. Rumah akan dicuci dan segala hutang-piutang dikutip atau dibayar agar mereka tidak sentiasa dikelilingi hutang sepanjang tahun yang baru. Mercun akan dibakar pada tengah malam bagi menandakan bermulanya tahun baru dan bagi menghalau hantu jahat dan nasib tidak baik. Rumah-rumah dihiasi dengan buah limau sebagai simbol murah rezeki, bunga dan pokok limau kumquat.

Kaum keluarga akan makan besar dengan masakan tradisi seperti itik salai, sosej, kek beras, dan limau mandrin. Golongan muda pula akan melawat golongan tua dan menerima wang ang pau dalam sampul merah bagi melambangkan nasib baik, yang diberikan oleh orang yang bekeluarga kepada mereka yang masih belum kahwin. Perarakan tarian Naga atau Singa akan diadakan, dengan kereta berhias yang diiringi bunyi gendang. Lima belas hari selepas perayaan Tahun Baru Cina, perayaan Tahun Baru Cina ditamatkan dengan dengan perayaan Chap Goh Mei.

Santai@Sabah juga ingin mengambil kesempatan mengucapkan GONG XI FAI CAI kepada semua masyarakat dan kaum Cina terutama yang berada di Sabah.Semoga perayaan pada tahun ini yang juga tahun Lembu bagi kalendar masyarakat Cina disambut dengan penuh keharmoniaan dan keceriaan dengan mengekalkan perpaduan kaum yang telah lama terjalin...Araimaiitiii

Syed Kamalrul Sufian

Editor

JOM KE SANA : CABARAN 4M KIULU 2009





Dengan lembah, gunung - ganang, sungai dan bukit - bukaunya, Sabah adalah impian setiap peminat cabaran kembara. Cabaran Berakit Bambu 4M Kiulu pada 25 Januari 2009 ini menjanjikan debaran dan keseronakan. Acara ini pada awalnya dijadualkan berlandung pada Disember tahun lalu telah ditunda pada Januari ini berikutan cuaca yang tidak mengizinkan. Menurut pengerusi penganjur acara ini, Encik Ariffin Gadait ketika temubual bersama Santai@Sabah berkata, acara ini terpaksa ditunda berikutan banjir besar yang melanda Sungai Kiulu telah menghanyutkan rakit - rakit para peserta dan turut menjejaskan laluan perlumbaan. Pihak penganjur tiada pilihan selain menangguhkan cabaran ini.

Menurutnya lagi, cabaran menarik ini terbahagi kepada 4 perlumbaan popular salam kalangan masyarakat Kadazandusun: Manang ' kus ( berlari sejauh 6km ), Mamang' kar ( berakit bambu sejauh 5km ), Manam'Patau ( berenang sejauh 1.3km dengan batang bambu sebagai pelampung ) dan Mama - ram - panau ( berjalan bertongkatkan bambu sejauh 0.2km )

Sejak kali pertama diadakan pada tahun 1996, perlumbaan ini menjadi acara tahunan yang dinanti - nantikan, menarik minat para peserta cabaran kembara dari serata tempat. Pertandingan ini mengentengahkan beberapa ketegori antaranya X - treme 5km, Terbuka Campuran dan Terbuka Remaja. Selama beberapa tahun diri penganjuran ini, pertandingan mendapat pujian dan sambutan dari peserta tempatan dan luar negara kerana elemen perlumbaanya yang unik " perlumbaan rakyat Sabah yang sebenar...datang dan sokonglah pasukan anda dan nikmatilah keseronakan acara ini juga keindahan alam semulajadi Kiulu ''. katanya.

Santai@Sabah telah dijemput bagi membuat liputan dan menjadi rakan media ' maya ' bagi acara Cabaran 4M Kiulu 2009 ini. Ikuti paparan ringkas rencana dan foto - foto acara ini dalam post yang akan datang...jom ke sana !





INFO : SABAH TOURISM BOARD

Lembaga Pelancongan Sabah merupakan salah satu agensi dibawah Kerajaan Negeri Sabah didalam skop Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah. Tanggugjawab utama Lembaga Pelancongan Sabah adalah untuk memasarkan dan mempromosi kegiatan pelancongan di Sabah selain berfungsi sebagai pemangkin industri pelancongan negeri dengan memberi cadangan kepada kerajaan kaedah terbaik untuk memudahkan pembangunan dalam industri ini dan mengambil bahagian secara aktif dalam menginisiasi dan mengkoordinasikan aktiviti yang dijalankan oleh peserta-peserta industri. Sejak Lembaga Pelancongan Sabah bertapak pada Ogos 1976, tanggungjawab Lembaga Pelancongan Sabah telah berkembang secara berterusan bagi menampung keperluan semasa pasaran pelancongan global.

Pada hari ini, Lembaga Pelancongan Sabah terdiri daripada 5 bahagian : Bahagian Komunikasi Pasaran, Bahagian Pemasaran, Bahagian Penyelidikan, Bahagian Perkhidmatan Korporat dan Bahagian Audit Dalaman. Pengaktifan semula anak syarikat milik penuh Sri Pelancongan Sabah Sdn Bhd (SPS) yang sebelum ini dikenali sebagai Sri Pelancungan Hornbill, telah membolehkan Lembaga Pelancongan Sabah untuk memfokuskan tumpuan kepada aktiviti utama pemasaran, promosi dan penyelidikan pelancongan. SPS menambah baik usaha Lembaga Pelancongan Sabah dengan berkerja secara dekat dengan industri pelancongan dalam pengurusan acara, publisiti dan penerbitan, IT dan multimedia, termasuk juga jualan dan promosi kraftangan tempatan dan cenderamata.

Lembaga Pelancongan Sabah mempunyai Pusat Informasi Pelancong yang terletak di pejabat LPS di No. 51 Jalan Gaya, Kota Kinabalu. Waktu operasi Lembaga Pelancongan Sabah adalah seperti berikut:-


Lembaga Pelancongan Sabah :

Isnin - Jumaat : 8:00 am - 5:00 pm
Sabtu : 9:00 am - 4:00 pm
Cuti Umum : 9:00 am - 4:00 pm
Ahad : 9.00 am - 4:00 pm

Sri Pelancongan Sabah :

Isnin - Jumaat : 8.00am – 5.00pm
Sabtu : 9.00am – 5.00pm
Ahad : Tutup / Closed

MALAYSIA TRULY ASIA

Sebagai sebuah negara yang beriklim Khatulistiwa, Malaysia mempunyai alam semula jadi yang unik dengan deretan pulau yang menawan. Oleh itu, negara kita mampu menjadikan industri pelancongan sebagai sumber utama pendapatan negara jika alam semula jadi itu dieksploitasi sepenuhnya. Berdasarkan jumlah pelancong yang semakin bertambah ke negara kita sejak kebelakangan ini, jelas menunjukkan bahawa negara ini mempunyai daya tarikannya yang tersendiri. Keunikan budaya rakyat yang berbilang kaum menjadi aset penting dalam usaha negara menarik kedatangan pelancong. Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, menyarankan agar tugas menarik kedatangan pelancong harus menjadi tanggungjawab semua pihak dan tidak terletak di bahu kerajaan sahaja. Saya berpendapat bahawa masih banyak usaha yang perlu dilakukan oleh kerajaan bagi memastikan lebih ramai pelancong mengunjungi Malaysia dan tinggal di negara ini.

Antara faktor utama pelancong datang di sesebuah negara ialah adanya kemudahan prasarana seperti pengangkutan dan perhubungan. Hal ini kerana pelancong yang berkunjung ke sesebuah negara inginkan keselesaan dan mencari ketenangan. Oleh itu, kerajaan wajar memperlengkap kemudahan pengangkutan dan komunikasi yang ada khususnya untuk memudahkan pelancong sampai ke destinasi yang akan dituju. Misalniya, ramai pelancong yang datang ke negara kita adalah untuk menikmati keindahan pulau dan pantai. Oleh itu, kerajaan harus menambah kemudahan perkhidmatan bot atau feri dari tanah besar ke beberapa buah pulau di sekitar Laut China Selatan untuk memudahkan orang ramai menikmati keindahan alam semula jadi. Tugas menyediakan kemudahan ini akan lebih berkesan sekiranya kerajaan sentiasa mengawasi syarikat yang ditugaskan untuk menyediakan perkhidmatan pengangkutan tersebut.

Kemudahan penginapan yang selesa seperti hotel, chalet, dan sebagainya turut menjadi faktor penting dalam menarik ramai pelancong mengunjungi negara kita. Kemudahan penginapan penting kerana ini akan menentukan sarna ada seseorang pelancong itu akan tinggal lama atau sebaliknya. Jika tempat penginapan selesa dan lengkap, ini akan mendorong seseorang pelancong itu tinggal lebih lama di negara ini, sekali gus membolehkan negara memperoleh lebih banyak mata wang asing. Pembinaan hotel dan rumah penginapan yang tumbuh seperti cendawan di bandar atau desa di seluruh negara membuktikan kesungguhan negara dalam usaha menarik kedatangan pelancong ke negara ini. Penyediaan kemudahan penginapan harus juga mengambil kirakadar sewa dan taraf sesebuah hotel yang dibina itu.

Kerajaan melalui Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (LPPM) wajar menyediakan maklumat lengkap tentang sesuatu destinasi menarik yang terdapat di negara ini, khususnya di tempat- tempat baru yang dikenal pasti boleh menjadi daya tarikan yang menguntungkan. Hal ini dapat dilakukan, sarna ada menerusi media cetak seperti pamflet, buku, poster, majalah, dan akhbar atau media elektronik seperti radio dan televisyen. Selain itu, dengan mewujudkan halaman pelancongan dalam nternet juga merupakan cara terbaik untuk memperkenalkan Malaysia sebagai sebuah negara yang wajar dikunjungi oleh pelancong aging. Usaha LPPM mempromosi Malaysia dengan mengiklankan negara kita pada dinding 60 buah bas di kota London pada tahun lalu menandakan usaha serius pihak terbabit dalam nenarik lebih ramai pelancong datang ke negara ini. Jika maklumat yang lengkap sampai ke pengetahuan )elancong, mereka tentunya akan datang melawat negara kita pada suatu hari kelak.

Kepelbagaian kebudayaan dan adat regaIn penduduk tempatan juga dapat menarik ramai pelancong iatang ke negara ini. Malaysia yang memang kaya dengan pelbagai jenis kebudayaan seperti tarian Melayu, India, Cina, dan suku kaum di Sabah serta Sarawak mampu menghiburkan pelancong, khususnya kepada pelancong yang gemar kepada sesuatu yang baru. Kebanyakan pelancong memang gemar melihat kehidupan masyarakat di sesuatu tempat. Rumah Budaya di Kuching, Sarawak menempatkan pelbagai jenis rumah dan kebudayaan suku kaum di negeri berkenaan dan sentiasa menjadi tumpuan pelancong yang berkunjung ke sana. Kementerian terbabit harus menjadikan pelbagai budaya yang unik di negara kita sebagai daya tarikan utama dalam membangunkan industri pelancongan dengan rnemperkemas persembahan yang sedia ada.

Mengadakan promosi di luar negara juga merupakan langkah yang wajar dilakukan oleh LPPM dalam usaha menarik lebih ramai pelancong mengunjungi negara ini. Pelbagai aktiviti seperti rnengadakan Minggu Malaysia di beberapa buah negara di seluruh dunia dan acara pertukaran delegasi kebudayaan dengan negara tertentu adalah antara usaha berkesan memperkenalkan Malaysia kepada pelancong asing. Tindakan Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan membuka pusat penerangan di beberapa buah negara membuktikan bahawa usaha yang berterusan telah dilakukan dalam rnenarik pelancong. Buktinya, program seperti Tahun Melawat Malaysia (TMM) ternyata berjaya menarik ramai pelancong datang ke negara ini, sekali gus memberi keuntungan besar melalui tukaran mata wang asing. Promosi pula perlu dipertingkat bagi menarik kehadiran pelancong walaupun terpaksa rnembelanjakan wang yang besar, namun pulangannya juga lumayan.

Berdasarkan penerangan di atas, jelas bahawa pelbagai cara boleh dilakukan dalam usaha menarik pelancong datang ke negara ini. Oleh itu, pihak terbabit harus memikirkan kaedah lain yang lebih berkesan, mudah, dan tidak memerlukan perbelanjaan yang besar sejajar dengan keadaan ekonomi negara yang meruncing dewasa ini. Harapan saya, tanggungjawab untuk mempromosi keunikan dan keindahan alam semula jadi negara kita kepada pelancong harus dikongsi bersama kerana rakyat juga akan mendapat manfaatnya. Industri pelancongan di negara ini akan terus berkembang dan menjadi penyumbang utama kepada pendapatan negara jika diusahakan secara lebih profesional.

Syed Kamalrul Sufian
Photojournalism


KKIA - GATEWAY TO SABAH


WAJAH BARU..Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu ( KKIA )

Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) (IATA: BKI, ICAO: WBKK) terletak kira-kira 8 km dari bandar raya Kota Kinabalu, ibu negeri Sabah, Malaysia.Ia adalah lapangan terbang kedua paling sibuk di Malaysia selepas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dengan kira-kira 4 juta orang penumpang menggunakan lapangan terbang ini setiap tahun untuk penerbangan domestik dan antarabangsa.Ia juga pintu utama bagi negeri Sabah.Dalam tahun 2006, kira-kira 2 juta pelancong melawati Sabah, dan dianggarkan bilangan pelancong meningkat melebihi 2.5 juta pada akhir 2007.

Pada pertengahan 2005, kerajaan Malaysia telah meluluskan satu projek untuk mengubahsuai dan menyambung LTAKK yang bernilai RM1.4 juta yang akan menyaksikan 2,988 m landasan ditambah ke 3,780 m dan saiz terminal utama lapangan terbang (Terminal 1) bertambah dari 34,000 ke 87,000. Terminal baru lapangan terbang ini boleh menampung empat Boieng 747, satu Air Bus 330, tujuh Boieng 737 , tiga Fokker 50 dan tiga Donnier pada bila-bila masa. Ia juga akan ada 12 jambatan untuk penggunaan penumpang. Menara kawalan trafik udara sekarang yang tercantum pada bangunan terminal utama akan dirobohkan dan akan diganti oleh satu menara mandiri berasingan. Keseluruhan projek termasuk sambungan landasan terbang adalah dijadualkan siap pada pertengahan 2009.

Apabila keseluruhan projek telah siap, lapangan terbang LTAKK akan dapat menampung Bas Udara 380, pesawat penumpang terbesar dunia. Lapangan terbang ini juga akan menjadi Lapangan Terbang yang kedua terbesar di Malaysia dengan satu kapasiti tahunan 12 juta orang penumpang - 9 juta dari terminal 1 dan 3 juta dari terminal 2.

KENALI SABAH...LAND BELOW THE WIND



PENGENALAN KEPADA SABAH

Sabah, negeri yang kedua terbesar di Malaysia, terletak di utara pulau Borneo, pulau ketiga terbesar di dunia. Sabah meliputi kawasan seluas 72,500 kilometer persegi dengan pantai sepanjang 1,440 kilometer dengan Laut Cina Selatan terletak di pantai barat, Laut Sulu di sebelah timur laut dan Laut Celebes di sebelah selatan.

Dengan gelaran "Negeri Di Bawah Angin [iaitu Bayu]" , Sabah tidak sahaja kaya dengan keindahan semulajadi tetapi ia juga kaya dengan warisan budaya penduduknya.

Sabah adalah kaya dengan berbagai-bagai jenis tumbuhan. Bunga terbesar di dunia Rafflesia dengan kuntumnya berukuran tiga meter garis pusat ditemui di Sabah.Banyak spesies anggerik/ orkid, periok kera dan rhododendron yang didapati tumbuh di Sabah.

raflesia_8.jpg (13304 bytes)

kinabalu.jpg (15907 bytes)

Bunga terbesar di dunia.

Kinabalu - Gunung tertinggi di Malaysia

Sabah adalah satu kawasan berbukit bukau. Kawasannya yang bergunung-ganang disilangi dengan sungai-sungai yang mengalir melalui lembah-lembah menerusi dataran tanah yang subur. Banyak gua ditemui di hutan-hutannya. Gunung Kinabalu yang tertinggi di Asia Tenggara tersergam indah dengan ketinggian 4,101 meter. Hutannya yang subur menghijau menjadi tempat lindungan bagi hidupan liar seperti badak sumbu Sumatra, orang utan, gajah, pelanduk, monyet, tupai terbang, rusa dan burung.

Sabah juga dirahmati dengan penduduk berbilang kaum. Masyarakat aslinya terdiri daripada sekurang-kurangnya 30 kumpulan menggunakan lebih daripada 50 bahasa dan tidak kurang daripada 80 dialek.

Kumpulan etnik yang utama adalah: Kadazandusun (merupakan satu pertiga dari jumlah penduduk Sabah), Murut, Paitan, dan Bajau. Kumpulan penduduk asli yang lain termasuk Bonggi, Iranun, Ida'an dan Brunei. Sebagai tambahan, kaum Cina merupakan kumpulan penduduk bukan asli yang terbesar. Dengan itu, Sabah adalah kaya dengan penduduk berbagai-bagai kaum dengan latarbelakang kebudayaan masing-masing.

Berdasarkan kepada jumpaan arkeologi, Sabah telah diduduki oleh penghuni sekurang-kurangnya 28,000 tahun yang lalu. Islam sampai di Sabah menjelang akhir abad ke-5 dan ke-16 melalui pedagang Arab dan India dan juga hasil dari pengembangan kerajaan Kesultanan Melayu Brunei. Orang-orang Eropah datang ke Sabah dua abad kemudiannya. Dalam 1775, Syarikat Hindia-Timur British membuka tempat perdagangan di Pulau Balembangan. Bagaimanapun, Sabah telah ditadbir dengan jayanya oleh Syarikat Berpiagam Borneo Utara British dari 1881 hingga 1942 apabila tentera Jepun menduduki negeri ini. Selepas kehancuran akibat peperangan, Sabah jadi jajahan British sehingga 31 Ogos 1963 apabila ia mencapai pemerintahan sendiri dari pihak British. Pada 16 September 1963, Sabah bersama Sarawak, Singapura dan Tanah Melayu menjadi Persekutuan Malaysia.