Selamat bersantai di Laman www.santaisabah.blogspot.com

SANTAI@SABAH...Evolusi Pelancongan Blogger.

Saturday, January 24, 2009

TINJAUAN : KEMPEN ANTI KUTU SAMPAH



KEMPEN KUTU SAMPAH - TAHNIAH DBKK

Santai@Sabah mau salute sama Mayor DBKK. Usaha mereka untuk membanteras KutuSampah perlu dapat pujian dan sokongan dari semua warga bandaraya. Sejak Datuk Iliyas jadi Mayor, KK sudah banyak perubahan. Bukan sahaja dari segi fizikal tetapi juga minda masyarakat. KK semakin bersih dan indah. Sasaran mereka, seluruh kawasan KK akan terus bersih. Jadi kita kena bagi bantuanlah. Kalau nampak orang buang sampah, sms sama DBKK - 088210011. Catat tarikh, nombor kereta, masa, lokasi dan apa barang yang dia buang. Santai@Sabah pun ada SMS bagi menguji sistem dorang ini, nampak ada orang buang botol bah... pada 21 Jan lalu, jam 4.25 petang, depan Chan Furniture, Karamunsing, Pemandu lori SB 4932 buang botol, botol Cap Guiness Stout... minum mangkali orang tu. Keesokannya melalui maklumat dari pihak DBKK pemandu lori tersebut telah dii kenakan denda .Mari kita bersihkan KK dari kutusampah, penjual rokok haram dan PTI. Santai@Sabah juga menjadi rakan media 'maya' dan turut menjadi Rakan Bandaraya ( Kota Kinabalu City Friend ) No Keahlian : KKCF 6016/08.Dengan keahlian ini Santai@Sabah adalah ahli berdaftar Rakan Bandaraya Kota Kinabalu dan diberikan kebenaran untuk membimbing dan mengigatkan orang awam tentang kewajipan mereka menjaga kebersihan persekitaran Bandaraya Kota Kinabalu. Dengan ini dapat menarik lebih ramai pelancong dan menjadikan KK sebagai destinasi pilihan utama di Borneo untuk bersantai...

Sebarang aduan berhubung permasalahan kebersihan,kesihatan, keteraturan, keindahan dan keselamatan bandaraya bolehlah menghubungi talian HOTLINE DBKK : 088 - 210011/211455.



Friday, January 23, 2009

JOM KE SANA : REGATTA LEPA 2009

REGATTA LEPA KE 16 - SEMPORNA . SABAH.
Tarikh / Date : 18 - 19 April 2009


Daerah Semporna akan sekali lagi merayakan Sambutan Regatta Lepa Kali Ke-16 pada 18 hingga 19 April 2009 ini dimana anda akan menyaksikan perarakan bot-bot 'LEPA' dengan hasil pertukangan tangan yang halus dan indah. Ia merupakan perayaan tahunan tradisi masyarakat Bajau tempatan dan selain itu anda juga akan dihiburkan dengan persembahan pentas, tarian dan demonstrasi budaya tempatan. Pertandingan acara laut seperti tarik tali lepa, lumba kayak renang dan pertunjukan bunga api akan turut mewarnai perayaan ini. Satu perayaan Malaysia yang tidak patut anda tinggalkan - Datanglah dan rasai sendiri kehangatannya!

Semporna comes to life with the Bajau seafarers' colourful Regatta Lepa where a competition of the most beautiful traditional sailboats is held. Witness telematches such as the boat tug-of-war, kayak racing and boat racing. The town of Semporna is also home to fresh seafood and the gateway to the world's best dive sites.

LEPA DAN MASYARAKAT BAJAU SEMPORNA

Daerah Semporna, Sabah menyambut Perayaan Regatta Lepa setiap tahun pada bulan April. Lepa merupakan suatu perkara yang penting dalam kehidupan kaum Bajau sejak zaman dahulu. Perayaan Regatta Lepa merupakan tapak untuk memperkenalkan dan mempromosi seni, budaya dan adat kaum Bajau yang berwarna-warni. Setiap tahun pengunjung akan berpeluang melihat sendiri keunikan pembuatan bot Lepa yang cantik disulami dengan tarian dan muzik yang dimainkan di atas bot lepa.

Regatta Lepa merupakan acara tahunan untuk semua peminat, pengusaha dan penggiat seni-budaya Bajau dan Lepa berkumpul. Melalui perayaan ini, kaum Bajau yang berada di merata tempat termasuk di pulau-pulau akan bertemu, bersosial dan bertanding. Pertandingan utama adalah merebut gelaran 'Lepa Tercantik'.

Perayaan ini memakan masa 2 hingga 3 hari. Bayangkan di tepi pantai terdapat ratusan Lepa yang dihias cantik dengan segala macam renda, payung, sambulayang berwarna-warni, pakaian tradisi, persembahan kebudayaan dan pertandingan acara laut. Semua lepa-lepa ini akan beratur sambil bergerak perlahan dihadapan pentas yang disediakan untuk para hakim dan orang kenamaan untuk menilai dan memilih pemenang. Pemenang akan dipilih berdasarkan kecantikan Lepa dan tarian yang dipersembahkan.

Aktiviti sambutan Regatta Lepa dibahagikan kepada 2 kawasan utama iaitu 'Acara Laut' di tepi pantai dan 'Pentas Budaya' dan pameran di Padang Pekan Semporna. Pada sebelah malamnya pula, pengunjung berpeluang untuk menyaksikan persembahan kebudayaan tempatan sambil diselang-selikan dengan nyanyian artis tempatan dan nasional. Pertunjukan bunga-api turut mewarnai langit Semporna pada malam tersebut.

LEPA: Dalam bahasa kaum Bajau Pantai Timur Sabah bermaksud 'bot'. Ia dipercayai berasal dari kamuniti nelayan yang menetap di Pulau Bum-Bum Semporna pada satu ketika dahulu.

Regatta Lepa: Merupakan perayaan tahunan Daerah Semporna sejak tahun 1994. Regatta Lepa mula diperkenalkan pada tahun 1994 sebagai perayaan peringkat daerah dan kemudiannya diiktiraf menjadi perayaan peringkat negeri Sabah. Pada tahun 2003 Regatta Lepa telah dimasukkan ke dalam kalendar 'Pesta Air Malaysia' dan kini Regatta Lepa merupakan salah-satu acara tahunan Malaysia.

Daerah sunyi Semporna akan bergemerlapan dan berpesta apabila menyambut Regatta Lepa. Di sepanjang jalan 'Sambulayang' akan menghiasi pandangan disamping pemidang dan iklan yang berwarna-warni. Bot-bot Lepa akan berlabuh disepanjang pantai Semporna dan menghiburkan pengunjung dengan pelbagai tarian, nyanyian dan muzik. Setiap bot lepa akan dihiasi dengan 'sambulayang'. 'panji-panji', tipas-tipas' dan renda. Perayaan ini mengundang ribuan pengunjung dari dalam dan luar negeri saban tahun.

Acara-acara lain disepanjang perayaan ini termasuklah acara 'lumba kelle-kelle', tarik-tali lepa, lumba renang dan menangkap itik. Pada sebelah malamnya pula, pertunjukan 'pentas budaya' akan diadakan di Padang Pekan Semporna. Datanglah dan saksikan sendiri perayaan hebat ini!


RATU LEPA-15th 2008

Beauty Queen of 15th Regatta Lepa Semporna, 2008

LEPA AND BAJAU PEOPLE IN SEMPORNA

For the Bajau people, Lepa Boats are multi utility. The boat serves as a fishing vessel and as a means of transportation. It is also utilized for wedding venues and cultural performances. The unique lifestyle and festival is a cultural legacy inherited by many generations.

Semporna celebrates the annual Water Festival of Regatta Lepa in April. LEPA boat has been a significant part of the Sabah Bajau fishermen since immemorial time. The Regatta Lepa is an occasion to show-off all the beautifully built Lepas. The annual event's highlight is a competition to choose the most dazzling lepa. Colorful adorned lepas grace the waterfront, decked with the smiling faces of dancers and musicians.

Regatta Lepa is an annual gathering of the most skillful fishing boat builders in Sabah. The Bajau in Semporna have their yearly festival for remembering their old heritage. In this festival the Bajaus from different village and different island will meet. And during the festive meeting they select the best lepa boat of the year.

During the 2 to 3 days. the Bajau's show their lepa's with the different style's and color. In each lepa is a group of musicians and a couple dancer. The flotilla of colorful banners ridden lepas will make a round in front of the VIP's and the judge's stage. The judges will give a point for their performance related to beautiful lepa's and the best dancer's.

The activities of Regatta Lepa-lepa celebration were in two areas; the traditional event showcasing the beautiful lepa-lepa boats around the water front and exhibitions events at the town padang, where mini-village comprising of traditional huts were on display. At night, visitors will be entertained by both local and national singers, dancers and musicians.

LEPA : In Sabah East Coast Bajau community dialect, lepa means "boat". The lepa boat is a cultural legacy inherited by Bajau people from many generations ago. The existence of lepa is believed to originate from the fishing community who live in Bum Bum Island and used by the native people along the coast of Semporna.

Regatta Lepa : The Regatta Lepa has been celebrated every year since 1994 to commemorate the Bajau tradition of building these splendid boats.

The lepa regatta was first held in 1994 as a district-level event before being upgraded into a state festival. Since 2003, Regatta LEPA became a national event in the Malaysia water festival.

This sleepy town comes to life as the colorful sails take to the sea to compete for the prize of the most beautiful lepa. This is judged based on its decoration, local ethnic music and dances performed on board, sambulayang (sails) and tipas-tipas (small flags).

The Bajau seafarers' proud maritime heritage came alive recently in this annual festival of Regatta LEPA, featuring their boats, the LEPA with participants dancing at the helm of their boats, decorated in full color. The event attracted thousands each year.

Highlight of LEPA : The highlight of LEPA event is to choose the most dazzling Lepa from the beautifully, colorfully adorned boats which are lined up at the waterfront. On the decks are smiling dancers and musicians dressed in equally colorful traditional attires.

Other attractions in Regatta LEPA : include sea sports such as rowboat, sailing and kelleh-kelleh (small dugout boat) competitions, lepa tug of war, and duck catching competition. Colorful cultural night performance.

BAGAIMANA KE SANA ? / HOW TO GO THERE ?

1. Penerbangan Harian / Daily Flights
MAS/ AIRASIA - from Kota Kinabalu to Tawau
Fares: *check with the nearest travel agents
Duration: 45 mins
AIRASIA - from Kuala Lumpur to Tawau
Fares: *check with airasia (http://www.airasia.com/)
Duration: 2 Hours and 45 mins

2 Bas Ekspress / Express Bus
From Kota Kinabalu to Semporna
Fares: RM58 Duration: 9 hours

3. Teksi / Taxi
From Tawau to Semporna
Fares: RM80 - RM100 Duration: 1hr 45mins

4. Bas Mini / Mini Bus
From Tawau to Semporna
Fares: RM12 - RM20 Duration: 1hr 45mins

WARISAN : MAT SALLEH PAHLAWAN SABAH

DATU PADUKA MAT SALLEH
Mat Salleh atau nama sebenarnya Datu Mat Salleh merupakan pejuang Sabah yang terkenal dalam memberi tentangan yang hebat kepada penjajahan Inggeris di Sabah. Mat Salleh pernah mengisytiharkan daerah Tambunan atau dalam bahasa Mat Salleh 'Negeri Tambunan' sebagai daerah di bawah kekuasaannya.Mat Salleh berasal daripada suku Suluk Paitan. Ayahnya, Datu Balu berkahwin di Inanam dengan seorang perempuan suku Bajau. Hasil daripada perkahwinan mereka itu lahirlah empat orang adik-beradik iaitu Ali, Mat Salleh, Badin dan Bolong.

Isteri Mat Salleh bernama Dayang Bandang, berasal daripada keluarga Sultan Sulu dan berkampung di Pengalaban, Paitan. Kota Kampung Tibabar, Tambunan adalah salah sebuah kota utama pertahanan Mat Salleh yang kuat. Kota ini ialah benteng terakhir Mat Salleh dalam usahanya memimpin orang-orang Sabah menentang Inggeris.Kejatuhan kota ini pada tahun 1900 akibat serangan hebat Kompeni Hindia Timur Inggeris dan berjaya mematahkan pertahanan Mat Salleh. Malah peristiwa itu menandakan gugurnya Mat Salleh sebagai pejuang bangsa.

Datu Mat Salleh mengambil tugas bapanya, Datu Balu sebagai ketua kampung di daerah Lingkabo dan Sungai Sugut. Perbelanjoan pentadbiran Datu Mat Salleh adalah daripada pungutan cukai ke atas pedagang-pedagang yang melalui Sungai Sugut pada tahun 1894.Inggeris tidak senang dengan tindakan Mat Salleh itu, lalu menyerang Mat Salleh di Jambongan serta memusnahkan kubu Mat Salleh di Sungai Sugut pada tahun 1896 hingga 1897.Datu Mat Salleh bagaimanapun dapat melepaskan diri. Detik perjuangan Datu Mat Salleh menentang pencerobohan dan keganasan Kompeni Hindia Timur Inggeris bermula pada bulan Julai 1897.

Mat Salleh dan pengikut-pengikutnya menyerang dan membinasakan pejabat Pentadbiran Kompeni Hindia Timur Inggeris di Pulau Gaya. Dalam tahun yang sama juga Mat Salleh menyerang dan membakar Pejabat Residen Kompeni Hindia Timur Inggeris di Ambong.Pada bulan Disember 1897, Inggeris menyerang kubu Mat Salleh di Ranau. Mereka tewas dan banyak askar Inggeris terbunuh termasuk Jones yang mengetuai serangan tersebut.

Pada bulan Januari 1898, Inggeris sekali lagi menyerang kubu Mat Salleh di Ranau dengan angkatoan yang lebih besar. Mat Salleh berjaya mengundurkan diri dan membina kota pertahanan yang baru, yang lebih kuat dan kukuh di kampung Tibabar, Tambunan.Kota utama Mat Salleh di Tambunan ini sangat sukar ditembusi. Kota ini diperbuat daripada batu-bata, kayu serta buluh tidak dapat ditembusi peluru.Setiap penjuru kota dikawal dan terdapatbeberapa terowong atau julan bawah tanah yang rahsia digunakan untuk meminta bantuan-bantuan senjata, makanan dan lain-lain dari luar kota.

Jalan rahsia ini juga dijadikan jalan untuk berundur menyelamatkan diri apabila dikepung musuh.Kini sebuah tugu dibina oleh Inggeris untuk memperinga kota Mat Salleh itu. Di tugu peringatan itu, tertulis perkataan dalam bahasa Inggeris yang bererti, 'Tugu ini menandaka tapak kubu Mat Salleh yang telah ditawan oleh Pasuka Bersenjata North Borneo Constabulary pada 1 Februari 1900. Dalam masa pertempuran itu, Mat Salleh yang telah mengetuai pemberontakan selama enam tahun menentang Pentadbira Chartered Company menemui ajalnya'.Pada pandangan British, Mat Salleh dianggap sebagai seorang pemberontak, tetapi bagi rakyat tempatan, dia ialah pejuang kemerdekaan dan seorang pahlawan.

Petikan : Kesan Sejarah Dan Tempat-tempat Menarik Negeri Sabah - Negeri Di Bawah Bayu, Mohamed Roselan Abdul Malek, Oscar Book International, 1998

INFO : KENALI DAERAH TAWAU

TAWAU IS THE COCOA KINGDOM OF ASIA

MEGA...Promonade Hotel dan Kuhara Plaza mercu tanda baru bagi Tawau.


SAUJANA...Kedudukan Tawau dipinggir laut Sulu memukau panaroma indah.

TAWAU

Tawau ( jawi: ﺗﺎواو) merupakan nama sebuah bahagian, daerah dan juga bandar di Sabah. Tawau kini merupakan bandar ketiga terbesar di Sabah selepas Kota Kinabalu dan Sandakan. Bandar ini dihubungkan dengan ibu negeri (Kota Kinabalu) melalui jalan raya sejauh 500 km, laluan udara (Lapangan Terbang Antarabangsa ) dan laut (pelabuhan Tawau).


DAMAI...Panaroma indah waktu senja di waterfront Tawau.

SEJARAH

Sejarah Tawau tidak diketahui dengan jelas terutamanya sebelum tahun-tahun 1890-an. Bagaimanapun Tawau telahpun berpenduduk dengan sebuah perkampungan kecil nelayan dengan 200 orang penduduk pada tahun 1898. Pada ketika itu Tawau berada dibawah kuasa Kesultanan Sulu. Dalam satu perjanjian yang termeterainya pada 22 Januari 1878, Kesultanan Sulu menyerahkan kawasan di persekitaran Tawau yang wujud masakini kepada pihak Inggeris.

Tawau menjadi sebahagian daripada kawasan jajahan orang-orang Inggeris iaitu melalui Syarikat (Berpiagam) Borneo Utara. Mengikut catatan The North Borneo Annual Volume (1955-1965) menyatakan sistem pentadbiran bermula pada tahun 1898, iaitu berikutan langkah-langkah pihak Syarikat (berpiagam) Borneo Utara membuka sebuah penempatan di Tawau dan seterusnya mengadakan asas-asas pentadbiran Kerajaan Tempatan di situ.

Untuk mengelak perselisihan faham dengan pihak Belanda yang memerintah Indonesia pada masa tersebut tidak, disebabkan Tawau berkongsi sempadan dengan Indonesia, pihak pemerintahan Inggeris telah mengambil langkah-langkah untuk menetapkan sempadan. Ini disebabkan sempadan asal bagi kawasan yang telah diserahkan kepada pihak Inggeris oleh kedua-dua Sultan Brunei dan Sultan Sulu ialah di bawah Sungai Sibuco berdekatan dengan Tarakan (Indonesia) yang mana kawasan tersebut termasuk di bawah pemerintahan Belanda yang ketika itu telah sedia ada menghuni di kawasan tersebut. Berikutan itu satu suruhanjaya Sempadan telah ditubuhkan pada tahun 1912 yang terdiri daripada pegawai-pegawai dari United Kingdom dan Belanda.

Sebuah Laporan Bersama telah disediakan beserta dengan peta dan ditandatangani oleh Pesuruhjaya masing-masing di Tawau pada 17 Februari 1913. Kemudian mengikut protokol di antara United Kingdom dan Belanda yang telah ditandatangani di London pada 28 September 1915, kedua-dua kerajaan mengesahkan laporan bersama dan peta tersebut.


HIJAU...Keindahan alam semulajadi di Tawau Hill Park masih terpelihara.

GEOGRAFI

Daerah Tawau meliputi kawasan seluas 6,125 km persegi atau 612,506 hektar. Ia berkongsi sempadan dengan Kalimantan, Indonesia di selatan serta dikelilingi Laut Sulu di timur dan Laut Sulawesi di selatan.

Tawau mempunyai 10 mukim dan 81 kampung yang terhimpun dalam dua kawasan parlimen dan enam Dewan Undangan Negeri (DUN). Parlimen Tawau mengandungi DUN Sri Tanjung, Apas dan Balung sementara Parlimen mengandungi Merotai, Tanjung BatuSebatik. Dahulunya ia terkandung dalam satu kawasan parlimen dengan empat kawasan pilihanraya Dewan Undangan Negeri Sabah iaitu Balung, Merotai, Sri Tanjung dan Kalabakan. danTerdapat beberapa kawasan hitam yang dikatakan terlibat dengan pelbagai kes jenayah. Antara kawasan-kawasan tersebut adalah :

1. Batu 4
2. Kampung Titingan atau Ice Box
3. Kampung Pisang
4. Logpond
5. Kampung Vietnam (tanah merah)

DEMOGRAFI

Sehingga 2005, populasi Tawau dianggarkan berjumlah kira-kira 304,888 orang penduduk.

BLOGGER GUIDE : KOTA KINABALU CITY MAP



LENSA SANTAI@SABAH


PHOTO OF THE WEEK





Caption:Old Transportation
Name:Robert Charles
Shot location:Kota Belud Town
Camera model:Canon EOS 350D
























































Thursday, January 22, 2009

KEBUDAYAAN : GONG XI FAI CAI



SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU CINA

Tahun Baru Cina merupakan pesta Perayaan Musim Bunga "Spring" terpenting orang Cina bagi menyambut tahun baru dalam kalendar lunar Cina. Kalender lunar Cina terbahagi kepada kitaran dua belas tahun dan dinamakan sempena nama haiwan. Menurut turutan, haiwan tersebut adalah tikus, kerbau, harimau, arnab, naga, ular, kuda, kambing, monyet, ayam jantan, anjing, dan babi. Kepercayaan popular menyatakan perangai dan nasib seseorang ditentukan oleh tahun kelahiran mereka.

Tahun Baru Cina melambangkan permulaan, titik permulaan dalam nasib dan kehidupan. Sebelum hari tahun baru bermula, sanak saudara yang jauh akan kembali berkumpul. Rumah akan dicuci dan segala hutang-piutang dikutip atau dibayar agar mereka tidak sentiasa dikelilingi hutang sepanjang tahun yang baru. Mercun akan dibakar pada tengah malam bagi menandakan bermulanya tahun baru dan bagi menghalau hantu jahat dan nasib tidak baik. Rumah-rumah dihiasi dengan buah limau sebagai simbol murah rezeki, bunga dan pokok limau kumquat.

Kaum keluarga akan makan besar dengan masakan tradisi seperti itik salai, sosej, kek beras, dan limau mandrin. Golongan muda pula akan melawat golongan tua dan menerima wang ang pau dalam sampul merah bagi melambangkan nasib baik, yang diberikan oleh orang yang bekeluarga kepada mereka yang masih belum kahwin. Perarakan tarian Naga atau Singa akan diadakan, dengan kereta berhias yang diiringi bunyi gendang. Lima belas hari selepas perayaan Tahun Baru Cina, perayaan Tahun Baru Cina ditamatkan dengan dengan perayaan Chap Goh Mei.

Santai@Sabah juga ingin mengambil kesempatan mengucapkan GONG XI FAI CAI kepada semua masyarakat dan kaum Cina terutama yang berada di Sabah.Semoga perayaan pada tahun ini yang juga tahun Lembu bagi kalendar masyarakat Cina disambut dengan penuh keharmoniaan dan keceriaan dengan mengekalkan perpaduan kaum yang telah lama terjalin...Araimaiitiii

Syed Kamalrul Sufian

Editor